Feature Post

Wednesday, March 11, 2015

Rumah Asal

No comments:


Dari ˜Ashim r.a katanya:Saya bertanya kepada Anas:Adakah Rasulullah menjadikan Madinah suatu Tanah Suci? Jawabnya:Ya, iaitu dari sini sampai ke sana, tidak boleh ditebang pohonnya. Siapa yang mengada-adakan di situ perbuatan yang bukan-bukan nescaya memperolehi kutukan Allah, kutukan malaikat dan seluruhnya.
(Riwayat Bukhari)

RAUDHAH

No comments:

APA ITU RAUDHAH.
TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar dapat solat di sana”.


Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan saudarnya Abdullah bin Zubair RA. Dari belakang para Sahabat memperhatikan bahawa Abdullah bin Zubair RA melakukan solat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahsia kepadaanak saudaranya itu.

Nabi SAW pernah mengimami solat dari tempat ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Beliau selalu mengimami solat dari tempat ini yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.

TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat di mana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumaat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.

ia terletak di antara Makam Rasulullah dan mimbar Baginda

RAUDHAH secara bahasa bererti kebun atau taman sedangkan yang dimaksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW

tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau

Nabi SAW bersabda :

عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ

“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)

ada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda,

“Tempat yang diantara kuburku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) diantara beberapa kebun syurga”

Seseorang juga dianjurkan untuk berdo’a di depan mimbar Nabi SAW yang terletak di kawasan Raudhah.

Wallahawaklam.


Maqam Halimatul Saadiah

No comments:
Halimatus Saadiah Ibu susuan Nabi Muhammad.

Wanita desa yang bertuah ini bukan saja dapat menyusui baginda tapi juga dapat menyaksikan sendiri Nabi Muhammad membesar di tangannya.

Halimah atau dikenali juga Halimatus Saadiah (kerana berasal dari Bani Saad) binti Abu Dhuayb, isteri kepada al Harith bin Abdul Uzza yang terkenal dengan gelaran Abu Kabsyah dari kabilah yang sama.

Namun tahukah anda, Nabi Muhammad sebelum disusui oleh Halimah, sebenarnya tidak mendapat tempat di hati ibu-ibu susu dari desa yang datang ke Kota Mekah semata-mata untuk mencari bayi yang hendak mereka susui.

Hanya kerana baginda anak yatim. Setiap dari mereka ditawarkan untuk menyusukan Nabi Muhammad tetapi kesemuanya enggan menerima baginda apabila sebaik sahaja mendapat tahu bahawa bahawa bayi itu seorang anak yatim. Ini kerana mereka lazimnya juga mengharapkan agar mendapat sesuatu kebaikan dari bapa si bayi, jika sekadar dari datuk dan ibu si bayi pastinya tidak mendatangkan yang lumayan buat mereka.

Halimah dan suaminya bersama seekor keldai tua, bernama Qamra dan unta betina yang juga sudah tua dan telah kering susunya menuju ke Mekah dengan penuh kepayahan. Mereka terpaksa keluar untuk mencari upah ibu susuan akibat tekanan dari musim kemarau yang menimpa kampung mereka

Mereka sering terpaksa berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan unta yang tidak lagi mampu mengeluarkan susu.

Halimah sama sekali tidak mengetahui gerangan tuah si bayi kecuali mengambil baginda kerana Nabi Muhammad satu-satunya bayi yang masih tinggal minta untuk disusui oleh ibu-ibu susu.

Namun suami Halimah berkata: "Tidak ada salahnya kamu mengambil bayi itu, mudah-mudahan Allah memberikan kita keberkatan pada bayi itu," kata Al Harith.

Lalu Halimah membawa Nabi Muhammad yang masih bayi itu untuk disusui walaupun dirinya dalam keadaan yang serba kekurangan termasuk susu badannya yang semakin berkurangan.


Namun dihulurkan juga kepada Nabi Muhammad untuk menyusu badan dan tidak semena-mena didapati bayi itu menyusu dengan enak dan puas seolah-olah terdapat banyak bekalan susu dari badan si ibu susuan itu.

Sehinggakan Rasulullah kemudiannya dapat tidur dengan lena seperti kekenyangan dan cukup bekalan susunya.

Malah ketika suami Halimah keluar, melihat unta betinanya yang sudah tua itu didapati unta itu juga dapat mengeluarkan susu dengan banyak sehingga tidak tertampung untuk diminum.

Ini membolehkan Halimah sendiri dapat menambahkan bekalan susu dalam badannya apabila beliau sendiri dapat minum susu unta dengan banyaknya.

Tanda-tanda keberkatan dan kelebihan Rasulullah tidak henti setakat itu sahaja, sebaik tiba di perkampungan Bani Saad lebih banyak keajaiban yang berlaku.

Sedangkan kampung itu paling teruk di landa kemarau, tetapi didapati kambing-kambing peliharaan Halimah dan suaminya, yang ditinggalkan sepanjang pemergian mereka ke Mekah turut mengeluarkan susu yang banyak.

Seolah-olah kambing-kambing itu dapat meragut rumput-rumput sedangkan kesemua tumbuhan dan rumput mati akibat musim kemarau yang melanda.

Sejak mengambil Nabi Muhamad sebagai anak susunya, hidup Halimah sekeluarga benar-benar berubah kepada yang lebih baik berbanding orang lain.

Gambar tapak di mana rumah Halimatus Saadiah dulu.

Sunday, February 8, 2015

1 comment:


Syamail Muhammadiyah adalah sebuah buku sirah agung Nabi Muhammad SAW yang mempunyai 415 hadis dalam 56 bab. Buku ini ditulis oleh Imam at-Tirmizi (279H) untuk memperkenalkan kepada pembaca keadaan peribadi Nabi SAW daripada pelbagai sudut, antaranya:
1-Bentuk tubuh dan perilaku
2-Pakaian dan perhiasan
3-Makanan dan minuman
4-Cara ketawa, menangis dan tidur

Buku Syamail Muhammadiyah ini diberi beberapa nilai tambah:
1-Dari segi kualiti hadis sama ada sahih, hasan, daif atau terlalu lemah.
2-Dari segi takhrij daripada kitab ulama-ulama yang lain.
3-Dari segi perkataan yang sukar difahami dijelaskan secara ringkas dan padat.
Syeikh Abdul Mohsin al-`Abbad memberi ulasan:
“Buku Syamail Muhammadiyah yang ditulis oleh Imam at-Tirmizi adalah satu rujukan agung dan sangat penting untuk mengenali peribadi Nabi SAW. Para ulama hadis silam dan moden sangat mengambil berat terhadap buku ini.”

Diharapkan, dengan kehadiran buku “Syamail Muhammadiyah” ini mendekatkan pembaca dengan cara kehidupan Nabi Muhammad SAW serta menjadikan baginda contoh teladan dalam kehidupan. Juga sesuai digunakan sebagai rujukan kuliah di masjid atau bersama keluarga.

(Edisi Kulit keras)

Harga RM42,00

Tempahan 019 327 6456

Sirah Nabi SAW Raheeq Al Makhtum

1 comment:

Terjemahan Al-Raheeq al- Makhtum 

Al-Raheeq al-Makhtum merupakan Sirah Rasulullah s.a.w. ini ditulis oleh: Syeikh Sofiyurahman al-Rahman al-Mubarakfuri

Meneladani Rasulullah Saw merupakan salah satu faktor yang membuatkan hati manusia tergerak untuk mencintai baginda. Lantas, jika sudah mencintai baginda, hati akan terdorong untuk berusaha mencari faktor-faktor yang dapat mendekatkan diri dengan baginda. Maka, semenjak fajar Islam menyingsing, umat Islam sudah berlumba-lumba menonjolkan keindahan Islam dan menyebarkan sirah hidup Rasulullah Saw yang mengharumkan dunia.

Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 

Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya serta paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk.

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.

Harga RM68.00
Tempahan 019 3276456